Feb 21, 2009

Maksud mimpi

1. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
2. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
3. Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
4. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam,menandakan cita-cita anda akan berjaya.
5. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
6. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
7. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
8. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
9. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
10.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
11. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
12. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
13. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
14. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
15. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
16. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
17. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

18. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
19. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
20. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
21. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
22. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
23. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
24. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
25. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
26. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
27. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
28. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
29. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
30. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
31. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku
32. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
33. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
34. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
35. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
36. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
37. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
38. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
39. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
40. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
41. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
42. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
43. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
44. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
45. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
46. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu
yang buruk akan berlaku

47. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
48. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
49. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
50. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
51. Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal
52. Jika bermimpi katil basah, elok anda bangun, mungkin terkencing atas tilam hehe.

19 comments:

  1. td sy google 'maksud mimpi' and jumpe la blog ni..sy nak tny, camane ye kalo mimpi mak ayah kte meninggal dunia?
    semalam sy mimpi mak sy meninggal, and baru kejap td sy mimpi ayh sy nak meninggal. ape maksudnye ye? sy da risau separuh gila dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh, sama lah kita. tapi sae ,,py ibu sae yg menngal, tapy kenyataan nyaa.. ibu maseh hidop di dunia

      Delete
  2. yg sy tahu kalau bermimpi orang meninggal dunia maksudnya org tersebut panjang umur

    tapi kalau bermimpi patah gigi maksudnya akan ada orang terdekat (keluarga cthnya) akan meninggal dunia.

    ReplyDelete
  3. Salam,saudara. ada 1 pertanyaan ingin sy tanya. semalam sy ada bermimpi didatangi anjing dan kucing. apakah mksodnya itu? anjing itu,sy halau keluar tetapi kucing2 itu sy masokkan di dalam rumah. tidak lama selepas itu,sy ada bermimpi dikejar seseorang yg sy kenal,dn akhirnya tiba di 1 tempat yg aneh seperti awan. Tiba2 sy dapati diri sy memakai sayap,dan orang yang mengejar sy juga memakai sayap. tetapi selepas memakai sayap itu, org yang mengejar itu tidak mengejar dan ingin terbang. Tetapi seolah2 sayap itu tidak berfungsi. Apakah mksod mimpi sy itu? terima kasih,sekiranya saudara sudi mendengarnyer..

    ReplyDelete
  4. salam,kalau mimpi banyak ular..tp ular tu tak patuk saya..apa maknanya?

    ReplyDelete
  5. salam nk tnye nim... mak (ibu) sy bermimpi atap d bahagian dapur rumah kitorg bocor, hujan turun lebat... pe maksud die

    ReplyDelete
  6. aiseh soalan2 mimpi yg lain tu sy tak tau la..maybe kena tanya org yg lagi arif..

    mimpi di patuk ular - kalo x silap ..org nak masuk meminang..or x lama lagi nk kawin

    ReplyDelete
  7. salam...
    sy nk tnye...
    ape mksud klu kite mimpi seseorg itu mningalkn kite...
    tp dy bukn mati...
    dy tgalkan kite...
    n mimpi ini berturut...

    ReplyDelete
  8. apa maksud mimpi sy kena gari oleh polis kedua belah tangan sy sehingga 1 trak polis datang..

    ReplyDelete
  9. tlg la tafsirkan mimpi sy 1tu dan tlg hantar apa maksudnya ke email sy..sy amatlah risau berkenaan mimpi ini..sekian terima kasih kpd saudara..

    ReplyDelete
  10. salam.sy sedang mencari maksud melihat isteri melahirkan anak kembar empat..3 lelaki 1 perempuan...apa ye???

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Aziana : Saya mimpi d patuk ular semalam...dlm mimpi tu, saya even rasa sakit d patuk..apa ertinya?

    ReplyDelete
  13. aslmlkm...sya nk tnya knpa sya sllu brmmpi tntg kmtian sya dan ada org yg dtg brthu bhwa sya sdah nk mti...apa mksud mmpi 2 ye

    ReplyDelete
  14. smekom...nak tnya klu mimpi mandikan kanak-kanak lelaki...aper maksud-nya ..erk..hOpe balas..coz nak tau sngat nieyh..

    ReplyDelete
  15. Saya nak Tanya..saya tak mimpi pape...tapi saya musykil, nape org dok tanya tafsir mimpi yang sah2 dah memang ada tulis terang2 kat list tu? Adakah mereka bermimpi ketika baca blog ni?

    ReplyDelete
  16. Saya bermimpi ayah saya kemalangan. . Kepala nye pecah tp dia dapat bertahan. Apa maksudnya. ...??

    ReplyDelete